![]() Sunday, August 12, 2012 | 0Superstar (s)!
![]() Friday, August 10, 2012 | 0Superstar (s)!
KEPENTINGAN SOLATPengaruh atau kesan positif sembahyang kepada kehidupan umat Islam terlalu besar, terutama dalam membentuk jiwa, diri, akhlak mulia, sifat amanah, perpaduan, keberkatan hidup berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara. Malah ibadah sembahyang berupaya menjadi benteng diri mencegah per-buatan keji dan mungkar. Betapa besar kepentingan dan pengaruh sembahyang kepada orang-orang Islam yang beriman, di antaranya ialah: Firman Allah S.W.T: Yang bermaksud: ”Dan dirikanlah sembahyang itu semata-mata untuk mengingati Daku”. (S. Thaha: 14). Sembahyang adalah pengabdian seorang hamba kepada Allah S.W.T. Berdasarkan maksud ayat ini sembahyang adalah jalan bagaimana untuk kita sentiasa mengingati Allah Ta’ala. Sekali gus sembahyang juga merupakan tanda pengabdian dan syukur seorang hamba kepada Allah S.W.T. atas segala nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan kepada kita. Firman-Nya: Yang bermaksud: ”Sesungguhnya Kami (Allah) telah mengurniakan kepada Mu nikmat yang melimpah ruah. Kerana itu, dirikanlah sembahyang dan berkorbanlah dengan ikhlas kerana Tuhanmu”. (S. Al-Kautsar: 1-2). Hikmah Sembahyang Dalam Menghapus Dosa. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: ”Sembahyang lima waktu dan sembahyang Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu sembahyang-sembahyang itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar”. (HR Muslim). Sembahyang Mencegah Perbuatan Keji dan Mungkar Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:”…dan dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembah-yang itu mencegah daripada perbuatan keji dan kemungkaran”. (S. Al-Ankabuut: 45). Inilah kesan kebaikan kepada orang yang benar-benar taat mendirikan sembahyang, ikhlas semata-mata kerana Allah Ta’ala, bahawa sembahyang itu menjadi benteng diri dari perbuatan keji, jahat, maksiat dan kemungkaran. ![]() Kelebihan solat berjemaah Solat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya selain daripada solat fardhu Jumaat ialah 2 orang. Seorang menjadi imam dan seorang menjadi makmum. Semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar pula fadhilat pahalanya. Solat jemaah adalah berlainan hukumnya menurut jenis solat yang dikerjakan, iaitu: Fardhu ain pada solat Jumaat; Fardhu kirayah pada solat fardhu lima waktu; dan Sunat pada solat jenazah dan solat-solat sunat yang disunatkan berjemaah padanya, seperti solat dua hari raya, solat gerhana bulan dan matahari, solat minta hujan, solat terawih dan solat witir pada bulan Ramadhan. Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie. Jadi bererti apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempat yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masdjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-orang kampung atau mukim yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan solat jemaah maka semua penduduk kampung atau mukim itu berdosa. Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa, Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a: Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid. Fadhilat (kelebihan) solat berjemaah Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim) Sebenarnya fadhilat solat berjemaah adalah bertali arus, sambung menyambung, mengembang dan membesar. Orang yang bersolat jemaah bukan sahaja mendapat setakat 27 darjat, malah dia akan mendapat banyak fadhilat dan keuntungan sampingan lain lagi semasa dia berulang alik ke masjid dan semasa dia berada dalam masjid. Selepas ini insya-Allah akan diterangkan fadhilat-fadhilat tersebut untuk menjadi dorongan kepada kita semua agar cintakan solat berjemaah. Wallahu a’lam. ![]() baru tahu...... 1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat. 2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur. 3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur. 4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur. Sebagai tikar kita di dalam kubur. 6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al- kautsar ketika didalam kubur. 7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM. 8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar. 10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur. 11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur. 12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur. 13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T. Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi atau Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan. Wassalam. ![]() Solat (bahasa Arab: صلاة; pl. ṣalawāt) merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardhu merupakan Rukun Islam yang ke-2 dari lima Rukun Islam. Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak. Sekiranya seseorang tertinggal solat fardhu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada. Bagi mereka yang musafir, mereka diharuskan bagi solat dengan menqasar dan menjamakkannya. Waktu-waktu solat Rencana utama: Waktu Solat Solat Zohor Waktunya dimulai sejak matahari tergelincir ke barat dan berakhir di saat bayangan sesuatu benda itu sama betul panjangnya dengan benda itu. Solat Asar Waktunya dimulai setelah waktu Zohor habis, iaitu ketika bayangan sesuatu benda sama panjang dengan bendanya dan berakhir setelah terbenamnya matahari. Solat Maghrib Waktunya dimulai setelah terbenamnya matahari dan berakhir apabila mega merah telah hilang. Solat Isyak Waktunya dimulai setelah hilangnya mega merah sampai terbitnya fajar shadiq. Solat Subuh Waktunya dimulai setelah terbit fajar shadiq sampai terbitnya matahari. Dalil wajib solat Dalil-dalil Al-Quran. 1. Surah Al-Baqarah ayat 149 : Maksudnya : " Dan dari mana saja engkau keluar ( untuk mengerjakan solat ) hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram ( Kaabah ). Sesunggunya perintah berkiblat ke Kaabah itu benar dari Allah ( tuhanmu ) dan ingatlah Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan ".[1] 2. Surah Al-Baqarah ayat 150: Maksudnya: " Dan dari mana saja engkau keluar ( untuk mengerjakan solat ) maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram ( kaabah ) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi sebarang alasan bagi orang yang menyalahi kamu, kecuali orang yang zalim diantara mereka ( ada saja yang mereka jadikan alasannya ). Maka janganlah kamu takut kepada cacat cela mereka dan takutlah kamu kepada-Ku semata-mata dan supaya Aku sempurnakan nikmat-Ku kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah ( mengenai perkara yang benar ) ".[2] Dalil-dalil Hadis. Ayat-ayat ini dijelaskan Rasulullah saw dengan sabdanya : “Islam didirikan dari lima sendi : mengaku bahawasanya tiada Tuhan yang sebenar-benarnya disembah melainkan Allah yang Maha Esa, mengaku bahawasanya Muhammad itu pesuruhNya; mendirikan solat; mengeluarkan zakat; mengerjakan haji, dan berpuasa di bulan Ramadhan.” (HR BUKHARI DAN MUSLIM DARI IBNU UMAR) (TAISIRUL WUSHUL 1 : 13)[3] Syarat wajib solat: -Islam -Baligh -Berakal -Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan Syarat sah solat Suci dan bersih badannya dari hadas besar dan kecil – Ertinya seseorang itu telahpun berwuduk dan mandi hadas. Sabda Rasulullah s.a.w. "Allah tidak menerima solat seseorang dari kamu, apabila dia berhadas sehingga dia berwuduk" (H.R. Bukhari,Muslim). Suci dan bersih pakaian serta tempat solat dari najis – Orang yang mendirikan solat wajib suci pakaian dan tempat solatnya dari najis, kecuali najis yang dimaafkan seperti darah yang sedikit, kotoran yang melekat pada kaki dan sebagainya. Dalam kaedah feqah disebutkan bahawa "kesukaran itu dapat menarik keringanan", oleh itu najis yang dimaafkan itu tidak membatalkan solat. Menutup aurat – Adapun menutup aurat bagi wanita ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua tapak tangan. Manakala aurat lelaki ialah diantara pusat hingga lutut. Batas ini paling penting dan wajib ditutup dalam solat. Firman Allah s.w.t. "Wahai manusia, pakailah perhiasan mu ketika hendak solat di masjid" (Al-A'raf:31). Menghadap Kiblat – Ketika mendirikan solat, kita diwajibkan menghadap kiblat iaitu Kaabah berdasarkan firman Allah s.w.t. "Maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (Kaabah)" (Al-Baqarah:144). Yakin bahawa waktu solat telah masuk – Dengan yakin telah masuk waktu solat fardu yang hendak dilaksanakan. (nota: sekiranya sesudah tamat solat, lalu disedari perkara yang tersebut di atas terjadi - misalnya didapati ada najis di sejadah - maka perlulah diulangi solat itu kerana ia tidak menepati syarat sah solat) Perkara-perkara yang membatalkan solat -Keluar/kedatangan hadas besar atau kecil. -Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit yang memberi faham, atau ketawa. -Makan/minum dengan sengaja membatalkan solat.[4] -Melakukan pergerakan di luar rukun solat tiga kali berturut-turut(mutawaliyat). -Berniat keluar dari solat (mufaraqah). -Terkena najis yang tidak dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat solat. -Beralih arah dari kiblat dengan sengaja (berpaling dada). -Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak sengaja tetapi tidak segera ditutup. -Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain. -Meninggalkan rukun solat. -Murtad Rukun Solat Rencana utama: Rukun Solat Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori: Qalbi (diingat dalam hati) Qauli (diucap dengan lidah) Fi'li (perbuatan) Rukun solat ada 13 perkara iaitu: Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li] Niat.[Qalbi] Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). [Qauli] Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli] Rukuk dengan tama'ninah .[Fi'li] Iktidal dengan tama'ninah. [Fi'li] Sujud dengan tama'ninah. [Fi'li] Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. [Fi'li] Duduk Tasyahhud akhir. [Fi'li] Membaca bacaan Tasyahhud Akhir. [Qauli] Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli] Mengucapkan salam yang pertama. [Qauli] Tertib [Qalbi] Note:tama'ninah = berhenti seketika (sekadar menyebut subhanallah) Pada mazhab Maliki dan Hanafi, baca fatihah rukun bagi solat perseorangan sahaja. Tidak rukun bila solat berjemaah, bila imam baca makmum dengar sahaja berdasarkan Al-Quran; "Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat." (Al-A'raaf/7:204). Perkara-perkara sunat dalam solat -Sunat Hai'ah -Sunat Ab'adh Perkara-perkara makruh semasa solat -Berpaling ke kiri atau ke kanan (kecuali ketika Salam). -Memandang ke atas (mendongak). -Berdiri menggunakan sebelah kaki sahaja. -Berludah ke hadapan atau ke belah kanan. -Berlebih-lebihan membongkok dan menundukkan kepala ketika rukuk. -Bercekak pinggang. -Menyinsingkan kain atau baju. -Bersembahyang ketika hadir makanan (makanan dihidangkan). -Bersembahyang ketika berasa hendak qadha' hajat (membuang air). -Ada juga yang mengatakan adalalah makruh ketika solat sambil menutup mata. Persediaan sebelum menunaikan solat -Berpakaian sopan dan menutup aurat. -Berwuduk. -Duduk di atas tapak solat yang bersih (seperti diatas tikar sejadah) sambil berzikir, bertahmid, bertakbir, berselawat dan memuji Allah.(sekiranya ada waktu yang terluang). -Berdiri (bagi mereka yang mampu) dan membaca niat waktu solat. -Iqamat dan membaca ayat Kursi(2:255), Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-Nas (bagi menghalangi syaitan dan jin dari mengganggu solat). -Mengangkat takbiratul ihram dan memulakan solat. Perkara yang boleh dilakukan selepas melangsaikan solat : Selepas memberi salam,digalakkan untuk duduk berzikir, bertahmid, bertakbir, berselawat dan memuji Allah.(sekiranya ada waktu yang terluang). Membaca Al-Quran.
![]() Thursday, August 9, 2012 | 0Superstar (s)!
![]() NAMA : MOHD FAQHRULLAH BIN MOHD TAWIL UMUR : 17 TAHUN TARIKH LAHIR : 31 OGOS 1995 ASAL : REMBAU , NEGERI SEMBILAN KELAS : 5 MAWAR ![]() ![]() ![]() NAMA : MUHD AFIF SYAHMI BIN YUSOFF UMUR : 15 TAHUN TARIKH LAHIR : 2 OGOS 1997 ASAL : JITRA , KEDAH KELAS : 3 MELATI NAMA : MUHD AMIRUL HAZIQ BIN HAZMI UMUR : 14 TAHUN TARIKH LAHIR : 16 MAC 1998 ASAL : LUMUT , PERAK KELAS : 2 MELATI NAMA : MOHD NASRULLAH BIN SUHAIRI UMUR : 14 TAHUN TARIKH LAHIR : 19 NOVEMBER 1998 ASAL : BENTONG , PERLIS KELAS : 2 MELATI NAMA : MUHAMMAD IKBAL HAKIM BIN SAHIR UMUR : 13 TAHUN TARIKH LAHIR : 11 NOVEMBER 1999 ASAL : SUNGAI PETANI , KEDAH KELAS : 1 MAWAR ![]() Monday, August 6, 2012 | 0Superstar (s)!
Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat Nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat Nabi Muhammad di mana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan. SUBUH Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s, iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keuar, Nabi Adam a.s, pun bersembahyang dua rakaat. i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam, ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma. ZOHOR Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s, iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembilah anaknya Nabi Ismail a.s,. Seruan datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat. i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan. ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya. iii) Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT. iv) Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas. ASAR Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s, tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu: i) Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan. ii) Rakaat kedua: Kelam dengan air laut. iii) Rakaat ketiga: Kelam dengan malam. iv) Rakaat keempat: kelam dengan perut ikan Nun. MAGHRIB Manusia pertama yang mengerjakan solat maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu: i) Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa. ii) Rakaat kedua: untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang. iii) Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahaw tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya. ISYAK Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang terakhir. Lalu sembahyanglah nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur. i) Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya. ii) Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun. iii) Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun. |
The Owner Assalamualaikum, sahabat semue :) selamat datang ke blog saya. saya mohd faqhrullah dan saya cuma manusia biasa. salah dan silap harap dimaafkan . underlined, bold blockqoute
saying
|